POLIS kini memburu dua peragut dikenali sebagai Mad Kelawar dan Yun selepas rakan mereka ditangkap ketika cuba meragut seorang pelajar.
Suspek ditangkap orang awam di stesen minyak Genting Sempah, Bentong pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa seorang wanita berusia 23 tahun sedang mengisi minyak sebelum secara tiba-tiba dihampiri seorang lelaki yang tidak dikenali cuba meragut gelangnya.
Beliau berkata, mangsa terus menjerit dan meminta pertolongan sebelum ayah dan abang ipar mangsa terus mengejar suspek.
“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama seorang lagi rakan tetapi tidak berjaya.
“Suspek ditangkap dengan kerjasama orang awam dan abang ipar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Lelaki ragut telefon bimbit ditahan polis
Jelasnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah serta dadah dan kini direman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.
Zaiham berkata, dua lagi suspek yang masing-masing dikenali sebagai Mad Kelawar mempunyai sembilan kes jenayah lampau dan pernah ditangkap sebanyak 16 kali manakala seorang lagi dikenali sebagai Yun.
“Polis kini giat memburu kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an,” ujarnya.
Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram