Lelaki ragut telefon bimbit ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang bertindak meragut telefon bimbit dari sebuah kereta di Jalan Genting Klang, Setapak, pada Sabtu ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang telah diragut sewaktu kenderaan dalam keadaan berhenti pada isyarat lampu merah.

Beliau berkata, suspek yang meunggang motosikal datang dari arah berlakang terus meragut telefon bimbit mangsa lalu melarikan diri.

“Bertindak atas maklumat, suspek seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan pada 11.30 malam tadi.

“Turut dirampas barang kes iaitu sebuah telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Polis sahkan tiga kes ragut di Bentong dalam tempoh dua hari

Ashari berkata, siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This