Di Sebalik Qatar 2022 – Viva Ronaldo; Pemain Tanpa Kelab Paling Ternama

Dari Penulis

OLEH: SYED SAGGAF (LIPUTAN DARI QATAR)

PERLAWANAN kedua di Qatar 2022 yang disaksikan secara langsung membawa kita ke stadium terbesar untuk Piala Dunia kali ini iaitu Stadium Lusail.

Stadium yang boleh menampung lebih kurang 90,000 penonton ini dibina khas untuk temasya kali ini dan merupakan stadium yang akan menyaksikan juara dunia dinobatkan pada perlawanan akhir 18 Disember nanti.

Stadium ini dibina dengan menerapkan reka bentuk tradisi Qatar berlatarbelakang kapal layar Arab dan terletak 20 kilometer dari bandar Doha.

Perlawanan Portugal dan Uruguay semalam, merupakan satu pertandingan di antara pasukan Eropah dan Amerika Selatan yang mempunyai corak yang hampir serupa.

Bagaimanapun, Portugal memiliki sedikit kelebihan dengan kemampuan teknikal pemain mereka dan apatah lagi, dengan Cristiano Ronaldo di dalam pasukan anda, sudah pasti ia memberikan kekuatan tambahan.

Syed Saggaf bergambar di hadapan Stadium Lusail sewaktu menyaksikan perlawanan Portugal menentang Uruguay, semalam.

Baca artikel berkaitan: Di Sebalik Qatar 2022 – Impian Menjadi Kenyataan

Sebahagian peminat bola sepak dari Malaysia yang menyaksikan Piala Dunia 2022 di Qatar

Setiap sentuhan Ronaldo, baik ketika memanaskan badan ataupun ketika perlawanan, disorak setiap penyokong di stadium yang rata-ratanya menyokong Portugal kerana kehadiran beliau.

Namun, malam semalam milik Bruno Fernandes, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United yang dianugerahkan pemain terbaik perlawanan dengan menjaringkan dua gol. Di akhir akhir perlawanan, dia hampir mendapatkan hatrik pertama di Piala Dunia kali ini apabila dua percubaannya terkena tiang dan diselamatkan oleh penjaga gol Uruguay.

Secara keseluruhannya, Uruguay juga bermain dengan baik, terutamanya selepas gol mereka dibolosi pasukan lawan. Mereka meningkatkan intensiti permainan dan paling mencuri perhatian adalah persembahan pemain gantian, Facundo Pallistri yang dimasukkan di babak kedua permainan. Larian pantasnya dari sayap kanan banyak mendatangkan masalah kepada pertahanan Portugal namun tiada cubaan benar benar berbahaya dihasilkan penyerang mereka.

Malam yang cemerlang buat pemain-pemain Manchester United dalam perlawanan terdahulu, Casimero telah menjaringkan gol kemenangan Brazil. Besar kemungkinan juga mereka sudah menjumpai pengganti Ronaldo di bahagian serangan dengan kehebatan Pellistri.

Namun, semoga piala dunia kali ini milik Ronaldo, bekas pemain Manchester United dan besar kemungkinan, pemain terhebat sepanjang zaman!

Viva Ronaldo!

Penulis ialah ketua pegawai eksekutif syarikat minyak dan gas yang meminati sukan bola sepak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This