
PERTAMA, terkini, Malaysia perlu segera menyusun strategi untuk berhadapan dengan kelembapan ekonomi global 2023. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan prestasi global ini tidak menjejaskan proses pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan kehidupan rakyat?
Kedua, menangani halangan-halangan struktural yang menjejaskan kualiti kehidupan rakyat dan membelenggu negara untuk kekal berdaya saing.
Isu kos sara hidup, kualiti pekerjaan dan pendapatan, lambakan pekerja asing, sekuriti dan bekalan makanan, tarikan pelabur, adaptasi teknologi, pengangguran siswazah dan belia, keselamatan sosial, jurang wilayah dan gender dan sebagainya memerlukan kesungguhan politik (political will), dedikasi dan komitmen untuk menyelesaikannya.
Baca artikel berkaitan: PRU15: Cabaran Ekonomi # 4 Peranan YB Abad ke-21
Sudah terlalu lama cabaran struktural ini dibincang dan pelbagai keputusan telah diumumkan. Pelaksanaan menjadi cabaran utama kerajaan. Pelaksanaan yang berkesan perlu bersifat transformatif, rentas kementerian.
Tiada cabaran merupakan milik mutlak satu kementerian sahaja. Penyusunan semula jentera kerajaan yang membolehkan koordinasi perlaksanaan yang berkesan diperlukan. Semakan menyeluruh birokrasi yang merumitkan wajar disegerakan.
Kerajaan mesra rakyat dan perniagaan mampu menjana pertumbuhan. Pasukan tindakan yang berdedikasi, melapor terus kepada Perdana Menteri diperlukan. Pelaksanaan dan kemajuan perlu dipantau dengan rapi. Umumkan sasaran dan laporkan pencapaian.
Tahniah Perdana Menteri dan selamat menjalankan tugas. Moga Malaysia yang baharu dapat direalisasikan.
MINDA UKM-Malaysia perlu cara baharu.
PENULIS adalah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif (MINDA-UKM). Beliau kini merupakan Sarjana Fulbright di Kennedy School, Harvard University, Amerika Syarikat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

