Sedapnya ayam rosemary bersama sos krim mustard ini. Bagi yang buntu hendak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Nik Michael Imran yang menyelerakan ini.

BAHAN A – ayam rosemary
2 keping dada ayam
Sedikit rosemary
Sedikit tepung
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mentega tanpa garam
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN B – Sos Krim Mustard
1 ulas bawang putih
1/2 labu bawangbesar | cincang halus
1 sudu kecil biji mustard
1 sudu besar madu
1/4 cawan krim
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN
1.Untuk ayam, campurkan tepung bersama rosemary, garam dan serbuk lada hitam. Salut rata kepingan ayam bersama campuran tepung ini.
2.Goreng bersama minyak zaiton dan mentega. Ketepikan.
3.Untuk sosnya, tumiskan bawang besar dan bawang putih. Perasakan dengan serbuk lada dan garam.
4.Tambahkan biji mustard dan curahkan krim serta madu. biarkan hingga kepekatan yang diingini. Hidangkan bersama ayam.

Resipi: Nik Michael Imran

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram