Tolak pemimpin kelabu mata demi jawatan, gadai prinsip, kata Hadi

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa rakyat menolak pemimpin parti politik negara ini bersikap kelabu mata menerima tawaran yang menjanjikan kedudukan tinggi seperti perdana menteri dan menteri besar dengan sanggup menggadai prinsip diperjuangkan mereka selama ini.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tanpa merujuk mana-mana pemimpin politik menegaskan, perkembangan semasa itu agak malang jika dibandingkan dengan Sirah Nabawiyyah yang patut diteladani umat Islam.

“Malangnya hari ini, apabila ditawarkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar, Exco, dan sebagainya, terus kelabu mata untuk menerimanya dan sanggup menggadaikan prinsip. Kita sebenarnya belajar daripada siapa?

“Maka, rakyat yang melihat dan memahami mesti menolak jenis pemimpin seperti ini,” katanya menerusi catatan Facebook terbaharu beliau hari ini.

Mengulas lanjut Hadi menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW yang ditawarkan pemimpin Musyrikin Mekah dengan jawatan raja, harta kekayaan, dan wanita asalkan Nabi SAW meninggalkan dakwah Islamiah, Baginda SAW dengan tegas menolak tawaran tersebut.

Walhal katanya, boleh saja Nabi Muhammad SAW menerima tawaran tersebut, kerana dengan kuasalah Baginda mampu melakukan apa-apa sahaja.

Namun tegasnya, Nabi SAW menolak kerana Islam tidak dapat memimpin dan perlu menuruti kehendak orang kafir Quraisy.

“Selepas berhijrah ke Madinah, barulah Rasulullah SAW menjadi pemimpin Madinah kerana Islam sudah boleh memimpin dan menyatupadukan seluruh masyarakat majmuk di sana. Inilah petunjuk Sirah Nabawiyyah yang patut kita teladani.

“Marilah sama-sama kita mendukung Perikatan Nasional untuk melakukan perubahan dan membina kepimpinan negara secara istiqamah berdasarkan petunjuk Allah SWT,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This