Lelaki ditahan selepas didakwa lakukan gangguan seksual

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa melakukan ganguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah dobi layan diri dekat Ara Damansara, Petaling Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang wanita tempatan pada pukul 8.17 malam kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya kemudian mengesan sebuah video tular berdurasi 14 saat membabitkan kejadian itu di laman sosial.

“Video berkenaan telah mendapat lebih 800 komen dan dikongsi 4,000 kali.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah berjaya menangkap seorang lelaki warganegara tempatan pukul 5 petang tadi yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Baca artikel ; Penceramah bebas didakwa sembilan pertuduhan rogol, amang seksual

Ujarnya, permohonan suspek akan dilakukan esok di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan kes disiasat dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Balogun jadi wira, AS mula langkah kanan

TUAN rumah bersama Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen bagi edisi temasya bola sepak terbesar dunia itu...

More Articles Like This