Hujan lebat lebih 2 jam, 50 rumah di Kupang dinaiki air

Dari Penulis

KIRA-kira 50 buah rumah dari tujuh buah kampung di Mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam di kawasan itu petang tadi.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz, antara kampung terjejas adalah Kampung Bok Bak, Kampung Bukit Iboi, Kampung Padang Empang, Kampung Dusun, Kampung Charok Kapas, Kampung Hangus dan Kampung Pak Bong.

Namun beliau menegaskan, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini selain keadaan banjir juga beransur surut selepas hujan mulai berhenti tidak lama kemudian.

“Hasil pemantauan mendapati kebanyakan rumah terjejas berada berhampiran sungai dan banjir kilat berlaku berikutan air sungai naik mendadak sebelum masuk ke rumah penduduk sekitar,” katanya, hari ini.

Mohd. Faizol menjelaskan, seramai lapan anggota dihantar ke lokasi sejurus pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6 petang ini.

Pada 4 Julai lalu, sebanyak 802 rumah dilaporkan terkesan dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur yang berlaku di sekitar Kupang termasuk meragut tiga nyawa penduduk.

Kejadian turut mengakibatkan 17 rumah yang terletak berhampiran Sungai Kupang lenyap akibat tragedi itu.

Beberapa kejadian banjir turut berlaku di kawasan sama selepas itu, namun tidak seteruk insiden pertama pada awal Julai berkenaan termasuk bencana pada hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This