Sedapnya mufin blueberry ni. Juadah yang sesuai dihidang waktu minum petang ini tidak menggunakan banyak bahan dan mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
250gm metgea
250 gm gula kastor
7 biji telur
375 ml susu segar
550 gm tepung roti
50 gm serbuk penaik – ayak
dengan tepung
225 gm tepung gandum
Jem blueberry

CARA MENYEDIAKAN:
1.Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
3.Masukkan tepung berselang-seli dengan susu dan putar sebati.
4.Masukkan dalam bekas dan letakkan jem blueberry. Bakar pada suhu 180oC selama 25 minit.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram