Sedapnya daging hitam manis ni. Makan dengan nasi panas memang layan. Jom cuba resipi yang mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang (hiris nipis,
perap dan goreng)
Minyak masak secukupnya
1/2 botol kicap manis
1 tangkai daun kari

BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 batang serai
8 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering
7 biji buah keras
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
(Kesemua bahan di atas digoreng terlebih
dahulu sebelum dikisar dengan kicap)

BAHAN PERAP:
5 sudu besar sos tiram
2 ketul kiub pati ayam (hancurkan)
1/2 cawan tepung jagung

CARA MENYEDIAKAN:
1.Perapkan daging dengan bahan perap selama sejam kemudian digoreng. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga menjadi perang dan wangi.
3.Masukkan daging tadi dan gaul rata. Bubuhkan daun kari.
4.Biarkan bahan tadi mereneh sehingga daging dan kuahnya sebati dan pekat.

Pesan Saji: Masakan ini tidak perlukan garam kerana masinnya sudah cukup dari kicap dan kiub pati ayam serta sos tiram.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram