SEORANG lelaki maut akibat serangan jantung sewaktu mendaki di Bukit Sri Bintang, Desa Park City, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pada pukul 5.33 petang.

Beliau berkata, pengadu meminta bantuan bomba membawa turun mangsa berusia 49 tahun yang berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Shaharudin Mat Daud tiba di lokasi 25 minit kemudian dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum bertindak melakukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel ; Wanita warga emas maut, Hilux jatuh sungai

Jelasnya, pihak Kementerian Kesihatan tiba di lokasi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, anggota bomba membawa turun mayat mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram