“TANPA Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini.”
Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan dimainkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena ulang tahun kelahiran ke-70 isterinya itu, hari ini.
Perdana Menteri turut menghargai segala jasa dan bakti Wan Azizah sejak mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.
“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti.
“Seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.
“Saya sentiasa bersyukur. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindungan-Nya. Happy birthday,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Baca artikel berkaitan: Gobind tolak jawatan menteri bukan kerana Anwar lantik Zahid jadi TPM
Anwar turut memuat naik sekeping gambar yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.
Gelagat Wan Azizah yang mengambil video sewaktu Anwar menjawab panggilan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut tular dalam media sosial sebelum ini.
Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyambut ulang tahun kelahiran ke-70 hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama negara itu mendirikan rumah tangga dengan Anwar pada 28 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

