Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi bukhari kambing ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmathi
300 gm daging kambing
8 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
2 sm halia (hiris)
300 gm minyak sapi
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 helai daun pandan
2 tangkai daun sup
350 ml susu cair
Air secukupnya

BAHAN REMPAH:
3 sm kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Cara Menyediakan:
1.Panaskan minyak sapi dan tumiskan sekali dengan bahan rempah sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan hiris. Tumis sehingga wangi.
3.Selepas itu masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
4.Masukkan daging kambing dan dua cawan air. Biarkan ia mendidih daging kambing empuk.
5.Setelah daging empuk, tuangkan susu cair dan air mengikut sukatan beras. Jangan lupa masukkan daun pandan, gula dan garam.
6.Setelah mendidih masukkan beras dan kacau sebati. Tanak sehingga masak.

Pesan Saji: Beras sebaiknya direndam selama sejam selepas dicuci bersih. Kemudian tuskan.


Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram