Sedapnya siakap The Cabin ni. Bagi yang buntu hendak masak apa hari ini apa kata cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
4 cm halia | hiris nipis
3 ulas bawang putih | tumbuk
3 sudu besar cili kering | kisar
2 labu bawang besar | kisar
1 batang lobak merah | hiris nipis
1/2 biji nanas | hiris nipis
100 gm brokoli
2 tangkai cili merah | hiris
4 sudu besar sos Thai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak | menggoreng

CARA MENYEDIAKAN
1.Ikan siakap dibersihkan, kemudian lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.
2.Panaskan minyak, goreng ikan siakap sehingga garing. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
3.Untuk membuat sos, tumiskan bawang putih. Masukkan bawang besar, halia dan cili kering kisar. Tumis sehingga garing.
4.Kemudian masukkan sos Thai, sos tiram dan sos cili. Masak hingga sebati.
5.Apabila sos sudah mendidih, barulah masukkan hirisan lobak merah, nanas, brokoli dan hirisan cili merah.
6.Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tuangkan sos yang sudah siap masak, ke atas ikan goreng tadi. Angkat dan hidangkan

Resipi: Cef Irwan, The Cabin Langkawi


Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram