PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan yang beliau telah memberi kerjasama penuh terhadap pihak polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, sepanjang dua jam sesi soal jawab itu, pihak polis menjalankan siasatan dengan sangat profesional dan bersopan.
Abdul Hadi juga menegaskan beliau bersedia untuk tindakan lanjut selepas siasatan dijalankan sama ada ke mahkamah atau sebagainya.
“Giliran saya sudah selesai. Saya minta siasatan juga dilakukan terhadap Pakatan Harapan (PH) yang menyentuh umat Islam disegerakan.
“Ramai dah buat laporan polis. Pihak Pas, badan bukan kerajaan (NGO) Islam, kita harap siasat sama,” katanya kepada media selepas selesai memberi keterangan kepada polis.
Baca lagi: Peliharalah ketenteraman awam, kata Hadi Awang
Terdahulu, Abdul Hadi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini bagi memberi keterangan kepada polis kira-kira jam 3 petang susulan beberapa laporan terhadapnya sebelum ini.
Abdul Hadi, 75, tiba di perkarangan IPD Sentul dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih pada jam 2.57 petang ditemani beberapa pembantu.
Untuk rekod, beberapa laporan yang dibuat terhadap Abdul Hadi adalah mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia.
Sementara itu, ditanya mengenai usaha Perikatan Nasional (PN) untuk kembali menjadi Kerajaan Persekutuan, Abdul Hadi berkata persiapan telah dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Katanya, PN ketika ini hanya menunggu dan melihat reaksi rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan yang dibentuk PH bersama-sama Barisan Nasional (BN) serta gabungan-gabungan parti yang lain.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PN juga telah melantik Ketua Pembangkang sebagai persediaan menghadapi sesi Parlimen akan datang.
Jelas beliau, PN akan mengeluarkan kenyataan berhubung Ketua Pembangkang itu dalam masa terdekat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

