SEMUA pihak tanpa mengira latar belakang kaum dan agama perlu mengelak untuk menyentuh sentimen perkauman melampau serta bersatu menjaga ketenteraman awam.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, hal itu amat penting memandangkan situasi politik negara ketika ini sedang melalui proses demokrasi Berparlimen bagi membentuk kerajaan persekutuan.
“Malaysia kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Pas menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca lagi: “Tolong jangan tunggang agama…,” – Shahrulezad selar tindakan Vida guna sentimen saham akhirat demi…
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, Pas turut menyeru semua pihak menghormati keputusan pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan yang berlangsung secara
harmoni.
Ujar beliau, Pas menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara dan memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan’, demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

