Sesekali apa kata tukar selera dan cuba resipi kentang putar parmesan ini. Rasanya sedap dan pasti pikat selera. Jom cuba!

Hidangan: 10 orang

BAHAN-BAHAN
1,000 gm kentang Idaho
120 gm keju parmesan
140 ml krim masakan
140 ml susu segar
100 gm mentega
25 gm garam – secukup rasa
2 gm lada hitam kisar
5 gm daun pasli – racik halus
Secubit serbuk pala

CARA MENYEDIAKAN
1.Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Kupas kulit.
2.Kemudian lenyek dan putar hancur kentang tersebut semasa masih suam.
3.Masukkan krim, serbuk pala, garam, dan serbuk lada hitam dalam periuk kecil dan panaskan dengan api perlahan.
4.Kemudian masukkan kentang putar dan kacau rata hingga pekat.
5.Akhir sekali masukkan mentega dan keju parmesan. Gaul sebati.

Resipi: Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port nasi kandar sedap di KL #makanlokal #malaysianfood #malaysiafoodie #myfoodie #nasikandar #kudubinabdul #fyp ♬ Arhbo [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Ozuna & GIMS & RedOne

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram