Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi himpit goreng ini. Resipinya mudah dan semestinya sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN
300 gm nasi himpit – potong dadu
200 gm daging kisar – bersihkan dan tus
1 biji telur
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun sup – hiris
2 tangkai daun bawang – hiris
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kisar
Bawang goreng secukupnya sebagai hiasan

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan minyak dan tumis bawang kisar sehingga wangi.
2.Masukkan daging, sos tomato, kicap, garam dan gula secukup rasa
3.Masukkan nasi himpit dan kacau rata.
4.Pecahkan telur dan kacau rata.
5.Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang dan hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port sarapan sedap di Muar 👍🏻 #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie #foodiemy #portmakanmuar #fyp ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram