TIDAK sampai 24 jam memulaka tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah proaktif untuk memastikan tiada ketirisan berlaku dalam pentadbirannya.
Hal itu selepas beliau mengarahkan pegawai Kementerian Kewangan untuk meneliti semula projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion.
“Pegawai kementerian sudah diminta untuk meneliti semula kelulusan yang diberikan bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Baca lagi: Projek tebatan banjir: MOF serah mahkamah tentukan – Tengku Zafrul
Jelas beliau, beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak akan diteruskan sehingga penelitian selesai.
Katanya, ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini.
Terdahulu, Anwar hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan.
Beliau yang mengenakan sut serba biru tiba di perkarangan Kementerian Kewangan (MOF) pukul 7.58 pagi dan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.
Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datin Rashidah Mohd Sies.
Anwar, 75, kemudiannya dilihat memasuki pejabat di aras 12 bagi menghadiri taklimat tertutup bersama pegawai MOF.
Anwar pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas.
Pada 2 Dis lepas, Anwar mengumumkan barisan Kabinet kerajaan perpaduan meliputi dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

