MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh diri di Balai Polis di Jawa Barat, Indonesia, pagi ini yang mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh.
Menurut kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan hari ini, Malaysia berharap agar dalang serangan itu segera dibawa ke muka pengadilan.
Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu dan berdoa agar mangsa yang cedera segera sembuh.
Menurut kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Jakarta telah mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Baca artikel lain: JPM nafi maklumat tular Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Jakarta melalui nombor telefon: +62 21 5224947 (pertanyaan umum), +62 813 8081 3036 (urusan kecemasan selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel: [email protected].
Terdahulu, Bernama melaporkan Ketua Polis Jawa Barat, Suntana berkata insiden itu turut menyebabkan 10 mangsa termasuk seorang awam cedera.
Beliau berkata pengebom bunuh diri itu meluru masuk ke premis berkenaan sambil memegang senjata tajam sebelum insiden berlaku.
Mayat suspek berkecai, kata beliau dalam satu kenyataan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

