SEORANG pemandu bersama kelindan lori maut selepas terlibat dalam kemalangan dua buah lori di Kilometer 76 Lebuhraya Utara-Selatan, awal pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.24 pagi.
Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori ais dan baja.
“Dua orang mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata kenyataan itu, hari ini.
Baca artikel : Wanita orang asli maut dipercayai dipijak gajah
Jelas kenyataan itu, mangsa yang tersepit telah dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

