KEJOHANAN IPSC Handgun World Shoot 2022 melabuhkan tirai pada 3 Disember lalu dan meninggalkan 1,001 kenangan kepada 1,653 atlet dari 75 buah negara.
Meskipun gagal membawa pulang sebarang pingat, ia sama sekali tidak melunturkan semangat 16 penembak Malaysia yang menyertai kejohanan itu.
Missy Jaafar, 37, yang merupakan satu-satunya penembak wanita mewakili negara melihat penampilan pada kejohanan kali ini sebagai satu pengalaman tidak mungkin dapat dilupakan.
Ini terutama apabila berpeluang beradu kemahiran bersama penembak-penembak terbaik dan menjadi idola dalam dunia sukan menembak, katanya lagi.

“Bersaing dalam kalangan penembak kelas dunia di sini (yang terbaik antara yang terbaik) adalah cabaran yang cukup besar, bukan hanya kepada saya tetapi seluruh pasukan (termasuk pengurus pasukan negara).
“Kini acara saya sudah berakhir, saya boleh katakan ianya satu pengalaman yang cukup berharga beraksi di sini.
“Kejohanan ini tidak seperti kejohanan lain ia adalah kejohanan menembak IPSC dunia,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Berkongsi pengalaman sama, penembak Tan Szu Chieh melihat, kejohanan berlangsung di Pattaya, Thailand itu sesuatu yang sukar serta mencabar dan dia bagaikan tidak percaya mampu menjayakannya.
Kata Szu Chieh, secara keseluruhan penglibatannya di IPSC Handgun World Shoot 2022 sebagai satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan untuk selama-lamanya.
Baca artikel lain: 16 atlet bawa cabaran Malaysia di IPSC Handgun World Shoot 2022
“Ia suatu yang amat sukar serta mencabar secara mental dan fizikal. Bagaimanapun, ia adalah impian saya dan impian pasukan.
“Bertanding di peringkat dunia adalah satu perasaan yang paling menakjubkan dan tidak dapat digambarkan.
“Ini adalah kejohanan dunia pertama saya dan saya telah lakukan yang terbaik atas apa yang termampu di kejohanan IPSC dunia ini,” ujar atlet berusia 43 tahun itu.
Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Malaysia, Mohd Faiz Khusni Ahmad merasakan, kejohanan ini sebagai garis penting kepada atlet negara dalam misi memperbaiki diri menjelang IPSC Dunia South Africa 2025.

“IPSC Handgun World Shoot Pattaya ialah titik permulaan, kami amat bangga membawa nama Malaysia di sini dan kami akan meningkatkan prestasi di pertandingan seterusnya.
“Walaupun penganjuran pertandingan IPSC di Malaysia terbatas, kami pencinta sukan menembak IPSC akan berusaha untuk meningkatkan prestasi bagi memberikan saingan pada Kejohanan Menembak IPSC Dunia South Africa pada 2025 nanti,” katanya.
Pada masa sama, Mohd Faiz Khusni turut mengucapkan terima kasih kepada penaja baju rasmi atlet termasuk Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) sebagai lokasi latihan pusat penembak negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

