Pemandu lori patah tulang langgar plaza tol, tahan sakit 30 minit sebelum diselamatkan bomba

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori patah tulang lengan serta kaki selepas tersepit di dalam lori selama 30 minit selepas terbabit dalam kemalangan di plaza tol Ayer Hitam, Puchong, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 2.52 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 11 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan lori satu tan yang dipandu mangsa, Muhammad Shafiee Jumali, 29.

“Mangsa dipercayai telah terbabas lalu merempuh plaza tol selepas brek gagal berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel ; Lelaki maut terlanggar tiang penghalang tol

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi menerima rawatan.

“Mangsa mengalami patah tulang lengan kiri dan kedua-dua belah kaki dalam insiden tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.24 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This