Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita berbagi Intuisi

Dari Penulis

PELAKU seni dengan nama Yura Yunita selalu mengingatkan khalayak tentang betapa antusias dan hebatnya impak setiap karya yang dihasilkan.

Lihat sahaja impak daripada single pertama, Intuisi yang telah membuat dia menerima penghargaan Pencipta Lagu Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2017 (AMI 2017) dan menjadi Penyanyi Solo Wanita Terbaik (AMI 2018). Yura juga memenangi anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik di Anugerah AMI 2022.

Setelah itu pemilik nama sebenar Yunita Rachman ini pantas membina reputasi kariernya dalam bidang seni.

Merakit, album yang dilahirkan pada 2018 terus mengukuhkan namanya.

Dua tahun perlu ‘berpuasa’ menyapa peminat lewat persembahan pentas, suasana dunia yang kembali berputar seperti biasa memberi peluang buat Yura kembali berkarya.

Kali ini, penyanyi dan penulis lagu bahasa Sunda ini mahu lebih dekat dengan penggemarnya di Malaysia.

Maka sebuah persembahan dengan nama unik iaitu Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan bertemu peminat pada 2 Februari 2023 di Zepp KL.

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur dibawakan oleh Renjana Idea.

Produksi ini tidak gentar membawakan Yura bertemu peminat di Malaysia pada malam 2 Februari depan kerana percaya magis yang ada pada wanita hebat kelahiran Bandung ini pasti akan menghipnotis penonton untuk berbondong datang merayakan Pertunjukan Tutur Batin.

Seperti uniknya nama Pertunjukan Tutur Batin, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar mengatakan sangat berbesar hati membawa Yura ke Malaysia kerana mahu berkongsi bahagia.

“Karya-karya Yura mempunyai ‘statement’ yang kuat dan selalu berbicara tentang semangat mahupun inspirasi dalam kehidupan.

“Ia banyak menyentuh tentang kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita semua perlu kuat percaya diri.

“Lagu-lagunya seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia, Tutur Batin antara bukti betapa karya Yura sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Dan kerana itulah Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam Pertunjukan Tutur Batin,” ujarnya.

Bagi Yura sendiri, pinangan daripada Renjana Idea telah lama dinantikan.

Rakan duet mendiang Glenn Fredly daripada lagu Cinta dan Rahasia ini senang untuk menebarkan harum karyanya di Malaysia, sementelah dirinya juga mempunyai kelompok peminat yang sering mahu melihat dirinya beraksi di tanah air.

“Lamaran ini tidak harus dilepaskan. Sejak dari album pertama sehingga Merakit dan kini Tutur Batin, ada banyak momen yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya karya yang terhasil.

“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi ruang intimasi saya dan peminat berbagi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh liku tetapi tidak pernah patah semangat juang,” kongsinya.

Yura cukup terkenal sebagai salah seorang pelaku seni yang kerap mengangkat lagu tradisional Sunda lalu disandingkan bersama genre fusion dengan pop moden. Antara karyanya adalah Bandung.

Single pertama yang dihasilkannya adalah Balada Sirkus pada 2014 selepas menyertai pertandingan realiti The Voice dan sempat menjadi anak didik Glenn Fredly.

Antara lagu hit lainnya adalah Intuisi, Pekat dan Berawal Dari Tatap.

Oleh itu untuk menyaksikan persembahan Yura pada 2 Februari 2023 di Zepp KL kelak, ini dia senarai harga tiket.

TUTUR BATIN (standing) – RM180
YURA (normal seat) – RM250
MERAKIT (Premium seat) – RM280
VIP BOX MEET & GREET (max 8 pax) – RM4,640

Untuk sebarang tempahan tiket sila layari goliveasia.com.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This