Rumah Artis tawar barangan dekorasi pada harga mampu milik

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MENJADI impian sesiapa sahaja untuk mendiami rumah yang mempunyai dekorasi yang menarik. Bagaimanapun berhadapan dengan isu harga selain tidak mempunyai kepakaran dalam rekaan sering membantutkan hasrat berkenaan.

Melihat ia sebagai peluang dalam perniagaan selain ruang untuk membantu golongan ini mendapatkan kediaman pilihan, Rumah Artis muncul dengan pakej yang cukup berbaloi.

Selain menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman, di Rumah Artis juga pelanggan turut boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1.

Sebagai pemilik Rumah Artis dan jurucakap, pelakon dan usahawan Putra Amaris menjelaskan idea perniagaan ini hadir melalui minat yang mendalam terhadap bidang dekorasi.

Tambahnya, menjadi impianya suatu hari nanti juga, agar Rumah Artis menjadi lokasi pusat sehenti bagi mereka yang ingin mendekorasi kediaman mahupun apa juga ruang pilihan.

“Di sini bukan sahaja perabot, tetapi kami juga menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman yang akan mengetengahkan Azirun Ramly. Saya yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.

“Paling penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi ideal bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahupun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.

“Sebagai anak seni, saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran.

“Di Rumah Artis juga kami turut menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set,” katanya kepada URTV.

PENGERUSI FINAS Senator Datuk Seri Zurainah Musa hadir bagi merasmikan majlis pembukaan Rumah Artis, baru-baru ini

Tambah Amaris, dalam memastikan perniagaan ini mendapat tempat di hati penggemar hiasan dalaman, dia juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan Rumah Artis dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Memang menjadi harapan saya agar jenama Rumah Artis ini akan menjadi pilihan penggemar dekorasi dalaman. Sebab itu kami juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan kelak.

“Di sini saya juga ingin meminta perunding hiasan dalaman yang ingin bernaung bersama kami untuk terus ke Rumah Artis. Memang kami memerlukan lebih ramai perunding hiasan dalaman yang mempunyai idea yang lebih berani,” ujarnya.

Sementara itu bagi Azirun pula, kesempatan untuk bergelar perunding hiasan dalaman di Rumah Artis, memberi ruang untuk dirinya berkarya.

Walaupun bergelar pereka fesyen ketika ini, namun dia yakin untuk mencurahkan idea yang menarik dalam memberi kepuasan kepada setiap pelanggan Rumah Artis.

“Sesuai dengan slogan Rumah Artis ‘Deko orang kaya, harga boleh kira’ saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan untuk mecapai impian mereka dalam mendiami rumah dengan dekorasi pilihan.

“Kita tahu ada ramai yang skeptikal dengan perunding hiasan dalaman yang pada mereka akan mengambil kesempatan ketika mengenakan bayaran.

“Tetapi di sini kami menyediakan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kemampuan pelanggan. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mendapatkan produk dekorasi rumah dengan harga yang mampu bilik dari sebesar-besar perabot sehingga sekecil-kecil produk antaranya lampu meja.

“Jadi saya menyeru kepada mereka yang mungkin sedang mencari idea atau pun memerlukan bantuan dari segi nasihat boleh ke Rumah Artis untuk mendapatkan bantuan dekorasi,” jelasnya.

Bagi mereka yang ingin berminat dan membeli, boleh berkunjung ke Rumah Artis, 3, Jalan Cumarasami, Taman Kaya, Sentul, 51100 Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This