SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna dana berjumlah RM600 bilion.
Perkara tersebut dimaklumkan dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, SPRM turut memberi jaminan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional daripada semua sudut.
Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut meminta mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat, bukti atau dokumen untuk tampil menyerahkan maklumat tersebut.
Sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen berkenaan.
“SPRM mengesahkan telah membuka satu kertas berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion.
“SPRM akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional dari semua sudut berkaitan isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tiada apa nak disorokkan, SPRM belum hubungi saya – Zafrul
Dakwaan berhubung salah guna dana RM600 bilion itu berlaku ketika pandemik COVID-19 sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin sebelum ini menegaskan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal dan bersedia untuk disiasat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Kewangan sewaktu era pentadbiran Muhyiddin pula berkata tiada apa yang hendak disorokkan.
Bagaimanapun, Tengku Zafrul memaklumkan belum menerima apa-apa panggilan daripada SPRM.
Semalam, media melaporkan Muhyiddin bersama Tengku Zafrul dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion.
Laporan portal berita The Vibes yang memetik sumber berkata siasatan SPRM itu susulan laporan yang diterima daripada beberapa pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana negara ketika pandemik itu melanda negara mulai 2020.
Khairy yang juga Menteri Sains dan Teknologi pada permulaan pentadbiran Muhyiddin, kemudiannya bertukar portfolio itu dengan Datuk Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

