Polis Selangor rampas metamphetamine dianggarkan bernilai RM13.26 juta

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

POLIS Selangor berjaya merampas dadah jenis metamphetamine yang dianggarkan bernilai RM13.26 juta dalam dua serbuan pada 5 Disember lalu.

Ketua Polisnya, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, bertindak atas maklumat, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menahan empat suspek di kawasan pusat membeli belah di Putrajaya.

Katanya, hasil serbuan, polis menemukan bungkusan plastik berwarna kuning yang disyaki mengandungi dadah metamphetamine dianggarkan seberat 355.75 kilogram di dalam sebuah kenderaan berhampiran pusat membeli belah berkenaan.

“Lanjutan daripada tangkapan dan rampasan tersebut, pihak polis membuat serbuan kedua di sebuah kondominium di Putrajaya.

“Merampas 23 bungkusan terdiri daripada 22 bungkusan plastik kehijauan dan satu bungkusan plastik lut sinar masing-masing mengandungi bahan disyaki dadah metamphetamine yang dianggarkan 23.09 kilogram.

“Nilai rampasan dadah adalah berjumlah lebih kurang RM13.26 juta dan dadah yang dirampas dipercayai untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sebahagian daripada dadah jenis syabu dengan berat 378.84 kilogram bernilai RM13.26 juta yang dirampas selepas polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah Methamphetamine di Selangor ketika Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Undi percaya tentu keabsahan tiada dalam undang-undang tapi PM boleh bawa – Wan Junaidi

Arjunaidi berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 39B dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Malah, katanya lagi, hasil saringan air kencing terhadap kesemua suspek mendapati dua daripada mereka positif dadah.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 17 Kanun Tatacara Jenayah mulai 6 hingga 12 Disember 2022.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu dukacita dengan Pas tetapi tetap kekal dalam PN

BERSATU melahirkan rasa dukacita dengan Pas yang mengumumkan memberhentikan kerjasama politik dengan parti itu. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

More Articles Like This