“TIADA apa yang nak disorokkan.”
Itu kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung laporan media bahawa beliau akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia susulan dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19 sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Tengku Zafrul, tidak apa yang hendak disorokkan apabila media bertanyakan sama ada beliau telah dipanggil SPRM.
Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini SPRM masih belum lagi menghubunginya.
Sekiranya dihubungi, Tengku Zafrul yang juga bekas Menteri Kewangan memberitahu akan memberi kerjasama sepenuhnya.
“Tadi media tanya sama ada saya telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan isu RM600 bilion.
“Jawapan saya mudah. Setakat ini SPRM belum hubungi saya. Sekiranya dihubungi, saya akan beri kerjasama penuh,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.
Semalam, media melaporkan Muhyiddin bersama Tengku Zafrul dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion.
Baca artikel berkaitan: Dana RM600 bilion: Kenapa PM tak tanya Tengku Zafrul?
Laporan portal berita The Vibes yang memetik sumber berkata siasatan SPRM itu susulan laporan yang diterima daripada beberapa pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana negara ketika pandemik itu melanda negara mulai 2020.
Ketika pentadbiran Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Khairy yang juga Menteri Sains dan Teknologi pada permulaan pentadbiran Muhyiddin, kemudiannya bertukar portfolio itu dengan Datuk Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan.
Menurut Vibes, laporan mengenai siasatan membabitkan tiga individu berkenaan mula didedahkan oleh blog Datuk Ahirudin Attan atau dikenali sebagai RockyBru.
Menurut blog itu, Tengku Zafrul dipanggil SPRM berikutan beliau adalah Menteri Kewangan sewaktu pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional bagi menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak 2020.
“Ada pihak memberitahu saya bahawa bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin yang menjadikan Tengku Zafrul seorang Senator dan Menteri Kewangan pada 2020, juga akan dipanggil oleh badan antirasuah itu.
“Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga akan diminta membantu siasatan. Beliau memegang jawatan itu sejak Ogos 2021 dan di bawah Muhyiddin, beliau memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,” kata Rocky Bru.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

