SEORANG pesara polis maut selepas dilanggar sebuah kereta Proton Saga dipandu pelajar Universiti Teknologi Mara Rabu lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa melintas jalan di Persiaran Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian melibatkan mangsa seorang lelaki Cina berusia 68 tahun pada pukul 3.40 petang.

Beliau berkata, kejadian berlaku sewaktu mangsa yang dipercayai tidak menggunakan jejantas untum melintas jalan sebelum dilanggar kereta dipandu pelajar wanita berusia 22 tahun.

“Mangsa yang kali terakhir berkhidmat di Cawangan Khas Bukit Aman berpangkat Asisten Komisioner disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca : Pesara polis maut dalam kemalangan dua kereta

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram