Tan Sri Annuar Musa

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi dipercayai memecat keahlian tiga pemimpin antaranya Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata, dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah merupakan isteri kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Fatimah adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU ini.

Baca artikel lain: Kebebasan media antara komitmen Kerajaan Perpaduan

Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, hal pemecatan itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn selepas mesyuarat selesai.

Sementara itu, Annuar dalam tulisan di Facebooknya memberi isyarat kekecewaannya atas keputusan itu, selain berkongsi gambar membantu kempen BN pada PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

“Malam Jumaat, saya bermimpi. Rumah pusaka saya diami terbakar. Saya syak ada ‘main switch’ dah ‘short circuit’ atau wayarnya terputus. Saya sayang rumah itu.Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.

“Ketika api masih marak dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah, tiba-tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar. Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar.

“Walaupun saya amat sayang rumah itu,saya hanya mampu berdoa,” katanya memohon supaya ‘rumah’ yang terbakar itu diselamatkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram