Sedapnya sotong sambal asam ni. Memang membuka selera dan sedap makan bersama nasi. Sekali rasa pasti nak lagi. Jom ikuti bahan dan cara menyediakan resipi lazat ini.

BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong besar
3 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
Gula dan garam

BAHAN KISAR:
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 sm lengkuas
2 batang serai

Cara Menyediakan:
1.Satukan bahan kisar dan santan dalam kuali.
2.Renehkan sehingga kering. Kemudian masukkan gula dan garam.
3.Masukkan sotong dan air asam. Biarkan sotong masak dan kuahnya pekat.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar daging wajib cuba restoran ini #makanlokal #makanmakanbangi #myfoodie #malaysianfoodie #fyp ♬ Pink Venom – BLACKPINK

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram