Setahun tanpa karya baharu, Sufi Rashid bangkit dengan Jangan Lepas Tanganku

Dari Penulis

PENYANYI bersuara lunak dan lantang, Sufi Rashid tampil mewarnai semula industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul Jangan Lepas Tanganku.

Lagu unik nyanyian Sufi ini merupakan hasil karya komposer berpengalaman Ammar Habir, bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo.

Lagu sentimental Jangan Lepas Tanganku ini merupakan kolaborasi antara Alternate Music Sdn Bhd dan Global Keynote Sdn Bhd.

Lirik dan susunan muziknya yang menarik membuatkan ia dipilih untuk menjadi lagu runut (OST) untuk drama terbitan TV3 iaitu menerusi slot Akasia Terima Kasih Cinta lakonan Anna Jobling, Amar Baharin dan Rita Nadira.

Penyanyi muda kelahiran Singapura ini menzahirkan kesyukuran selepas setahun tanpa buah tangan baharu apabila diberikan kepercayaan dan kesempatan untuk menyanyikan OST drama berkenaan.

“Kolaborasi dengan Ammar sangat mudah kerana kami berkongsi kreativiti serta idea untuk membuatkan lagu itu lebih baik.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu OST yang dinyanyikan khas untuk anda semua dan Insya-Alla saya berharap lagu ini akan menjadi batu loncatan untuk membuat kemunculan semula pada tahun hadapan,” kata Pemenang Artis Baharu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2016 itu.

Sementara itu, komposer Ammar berkata, lagu dicipta bersifat ‘mix feelings’ dan didedikasikan sepenuhnya kepada isteri dan anak perempuan kesayangannya.

“Idea lagu ini lahir pada 2019 ketika saya sedang dalam kesusahan. Ketika itu, isteri saya sarat mengandung dan tidak bekerja.

“Demi keluarga tersayang terutamanya anak saya yang bakal dilahirkan, saya sanggup ‘busking’ di tepi jalan dan bekerja di hotel setiap hari sehingga lewat malam.
“Alhamdulillah, segala rintangan dihadapi dengan penuh kecekalan untuk dua insan tersayang saya ini. Mereka adalah segalanya untuk saya. Harapan saya supaya lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira usia,” ulasnya.

Jangan Lepas Tanganku kini sudah berada di semua pelantar digital dan muzik video boleh ditonton di saluran YouTube Alternate Records & Talents.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This