PERSELISIHAN faham berkaitan harta telah menyebabkan pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor mati dibunuh ditangan anak lelakinya sendiri.
Menerusi laporan The Times Of India, Veena,74, dipukul dengan menggunakan kayu besbol selepas anaknya iaitu Sachin Kapoor,43, tidak berpuas hati soal hartanah bernilai RM6.4 juta.
Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau Lalu Kumar Mandal, 25.
Sachin yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat mengaku membunuh dan membuang mayat ibunya ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raiga.
Veena pernah terbabit dalam drama ‘Bhabhi’ yang disiarkan sekitar 2002 hingga 2008.
Filem lakonan Veena ialah ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’.


