Dakwaan Adira kini janda anak empat? Ini jawapan padu daripada empunya badan!

Dari Penulis

PENYANYI Adira Suhaimi menyangkal dakwaan mengatakan dia kini berstatus janda anak empat selepas diceraikan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu seperti yang tular di TikTok, baru-baru ini.

Menganggap ia hanyalah fitnah, Adira bagaimanapun tetap tenang berhadapan dengan ujian berkaitan rumah tangganya.

Enggan membiarkan orang ramai salah faham dan terus bertanya, Adira menegaskan jika dia masih lagi isteri kepada Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Ujar Adira, rumah tangganya yang dibina sejak 2015 itu masih kekal bahagia dan berharap peminat terus mendoakan yang baik-baik.

Malah, penyanyi berusia 31 tahun itu menganggap individu yang menyebarkan berita palsu tersebut hanya mahu meraih pengikut di TikTok.

“Itu akaun palsu. Jangan tertipu dan tak perlu ‘follow’ pun.

“Individu tersebut mungkin nak minta ‘followers’ saja.

“Alhamdulillah, saya masih okay lagi dengan suami. Sayang lagi,” katanya menerusi video di Instagram Story.

Bagi membuktikan mereka masih bergelar suami isteri, Adira turut berkongsi video dirinya sedang duduk semeja sambil minum air dengan Datuk Red

Adira bernikah dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This