MENTERI Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah.

Beliau berkata, peruntukan itu tambahan kepada dana yang dikumpulkan oleh masjid berkenaan.

“Saya dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah. Mereka sudah mengumpulkan dana tetapi masih tidak mencukupi. Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.

“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan van agak mahal,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Yeoh berharap, wakil rakyat lain di bawah Kerajaan Perpaduan turut menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum dan agama.

“Apabila permohonan masuk, saya tak lihat agama ini kena bagi berapa dan sebagainya. Kalau ada apa sahaja keperluan, kita akan salurkan mengikut kemampuan.

“Saya turut berterima kasih kepada penderma dana yang membantu membolehkan pembelian van ini,” katanya. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram