BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih berteka-teki berhubungan sama ada akan bertanding merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang.
“Let’s see (kita lihat nanti),” katanya ringkas seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Sebelum itu, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan dilaporkan hanya tergelak apabila diajukan soalan tersebut.
Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Parlimen Sungai Buloh, Khairy menyatakan hasrat untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada satu masa nanti.
Baca artikel lain: Status empat Ahli Parlimen Bersatu Sabah ditentukan Speaker – Azalina
Bagaimanapun, ketika itu beliau tidak menyatakan bila akan bertanding jawatan dalam parti.
Malah, beliau pernah secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

