Alza tersangkut dalam lubang paip pecah dekat Port Dickson

Dari Penulis

SEBUAH kenderaan pelbagai guna (MPV) tersangkut di dalam lubang besar akibat paip pecah di Batu 5, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan, awal pagi tadi.

Kejadian itu telah menyebabkan berlaku kesesakan trafik berlaku di kedua-dua arah.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan, Norzita Ismail berkata, tindakan segera telah diambil bagi menangani kejadian paip bersaiz 12 inci yang pecah itu.

“Kerja-kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan bermula pukul 9.00 pagi yang menyebabkan sebahagian jalan terpaksa ditutup kepada kenderaan awam bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan.

“Bagaimanapun, aliran trafik dalam keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut memaklumkan terdapat beberapa kawasan yang terlibat gangguan bekalan air di sekitar Taman PD Utama, Batu 2 1/2 Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang dan seluruh kawasan Batu 4, Jalan Pantai.

Turut terlibat, Kem-Kem Askar Batu 4 dan Batu 5 Jalan Pantai, Hospital Besar, Taman Si Rusa Jaya, Bandar Sunggala, Kampung Sawah Sunggala sehingga sekitar kawasan Batu 6, Jalan Pantai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penuntut universiti maut, rakan cedera Myvi hilang kawalan dilanggar lori di Rawang

SEORANG penuntut universiti maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah lori di persimpangan lampu...

More Articles Like This