SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan 112 kompaun bernilai RM4,696,000.00 sepanjang 2022 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta tersebut.
Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat MCMC, daripada jumlah tersebut, 106 kompaun telah dikeluarkan terhadap pemegang lesen MCMC seperti berikut:
• 53 kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016 iaitu kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.
• 27 kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.
• 17 kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 105 (3) AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi standard mandatori.
• Lima kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 242 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen.
BERITA BERKAITAN Tiktok, MCMC bekerjasama bendung kandungan provokatif – Fahmi
• Dua kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 127 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi Guidelines on Registration of End-Users of Prepaid Public Cellular Services.
• Dua kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 126 AKM 1998 iaitu menawarkan perkhidmatan tanpa lesen.
Selain itu, pihak MCMC turut mengeluarkan enam (6) kompaun terhadap pihak bukan pemegang lesen seperti berikut:
• Lima kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.
• Satu kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 235 AKM 1998 iaitu menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian.
Daripada 112 kompaun bernilai RM4,696,000, sebanyak 106 kompaun bernilai RM4,616,000 adalah dari pemegang lesen dan enam kompaun RM80,000 (bukan pemegang lesen).
Tindakan yang telah diambil ini bertujuan untuk memastikan semua pihak khususnya pemegang lesen agar lebih bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada pengguna.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram