PM harap perwakilan diplomatik bawa pendekatan segar tarik pelaburan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA perwakilan diplomatik Malaysia ke luar negara diharap mampu membawa pendekatan lebih segar dalam usaha menarik pelaburan asing ke negara ini.

Harapan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Anwar memaklumkan menerima kunjungan hormat ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu di pejabat beliau, hari ini.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat maju jaya dan berharap kesemua perwakilan diplomatik itu membawa nama negara ke tahap lebih baik.

“Menerima kunjungan hormati ketua-ketua perwakilan diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu di Putrajaya hari ini.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semoga dapat membawa nama negara terkait hala tuju dasar luar ke tahap yang lebih baik.

Baca artikel berkaitan: Batu Puteh: Teliti semula tuntutan, rundingan segera dengan Singapura – PM

“Besar harapan saya agar mereka dapat membawa pendekatan lebih segar dalam usaha menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara pada 2 Disember lepas.

Antara yang hadir dalam pertemuan hari ini ialah Duta Besar Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai, Duta Besar Malaysia ke Jerman Dr Adina Kamarudin, Duta Besar Malaysia ke Senegal Datuk Zainal Izran Zahari, Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan Mohd Adli Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Jordan Mohamad Nasri Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan Ilham Tuah Illias, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Mohammad Azhar Mazlan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Mazita Marzuki dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Badli Hisham Adam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This