KETUA parti-parti politik yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menandatangani perjanjian berhubung kerjasama tersebut esok.
Perjanjian melibatkan kesemua parti dalam blok kerajaan itu menjelang usul percaya yang dijadual dibentangkan dalam Sidang Parlimen, Isnin depan.
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
Menurut Fadillah, kesemua ketua parti yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri akan menandatangani perjanjian berkenaan.
Bagaimanapun, Fadillah yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kandungan perjanjian berkenaan.
“Semua ketua parti sudah berbincang, malah hari ini saya balik ada mesyuarat di peringkat GPS untuk melihat kandungan perjanjian,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Rakyat Indonesia beri pandangan positif terhadap kerajaan pimpinan Anwar – Duta Besar Indonesia
Sementara itu, memetik laporan Bernama, Fadillah dilaporkan berkata tiada perbincangan berhubung manifesto parti mana yang akan dipilih untuk dilaksanakan dalam Kerajaan Perpaduan.
Kata beliau, tumpuan utama Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah kos sara hidup yang menghimpit rakyat.
“Satu daripada keutamaan kita (Kerajaan Perpaduan) adalah berhubung kait dengan kos sara hidup,” katanya yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.
Ditanya mengenai pemotongan gaji, Fadillah memberitahu setakat ini pemotongan gaji yang diputuskan hanya melibatkan Jemaah Menteri.
“Setakat ini diputuskan hanya menteri. Saya tak pasti sama ada merangkumi timbalan menteri,” katanya.
Pada 5 Disember lepas, Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dalam mesyuarat Kabinet bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan, yang akan dilaksanakan sehingga ekonomi negara kembali pulih.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

