SPRM serbu 8 agensi, 9 syarikat berkait dakwaan salah guna dana Covid-19

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat hari ini dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu.

Free Malaysia Today yang memetik sumber berkata, lapan agensi kerajaan itu menerima “peruntukan besar” dari pakej rangsangan yang diluluskan kerajaan pada 2020 dan 2021.

Sumber itu berkata, susulan serbuan di lapan agensi kerajaan berkenaan, SPRM turut menyerbu sembilan syarikat “untuk mendapatkan dokumen tertentu”. Sembilan syarikat itu dipercayai “pembekal utama” lapan agensi terbabit.

Menurut sumber berkenaan, masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut, dan menambah siasatan masih “di peringkat pertama”.

“SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang rasuah, salah laku kuasa atau penyelewengan,´kata sumber berkenaan lagi.

SPRM sebelum ini berkata, siasatannya terhadap dakwaan salah guna dana pakej rangsangan ekonomi ketika Covid-19 akan tertumpu kepada RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan terdahulu.

Dalam kenyataan, SPRM berkata Kementerian Kewangan telah memperincikan butiran dana tersebut di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion, dan berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Susulan itu, SPRM dikatakan bakal memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This