PELAKON Bollywood, Veena Kapoor yang sebelum ini dilaporkan mati dibunuh anak lelakinya akibat perebutan harta sebenarnya masih hidup.
Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Veena telah membuat laporan polis dan memberitahu wanita yang meninggal dunia itu adalah individu lain namun memiliki nama yang sama.
“Ini berita palsu. Saya Veena Kapoor masih hidup dan berada dalam keadaan baikā¦belum mati.
“Memang ada wanita yang mati dibunuh dan memiliki nama sama dengan saya. Tetapi itu bukanlah saya.
“Saya tinggal di Goregaon bukan Juhu seperti yang dilaporkan dalam berita,” katanya memetik laporan Hindustan Times.
ARTIKEL BERKAITAN: Bintang veteran Bollywood dibunuh anak sendiri kerana harta
Jelas Veena, dia hadir ke balai polis Mumbai bersama anak lelakinya kerana tidak tahan diganggu selepas berita palsu mengenai kematiaanya tersebar luas.
“Sejak berita palsu itu tersebar, saya sering diganggu dengan panggilan telefon sehingga saya tak dapat fokus dengan kerja.
“Siang dan malam telefon bimbit saya tidak berhenti berdering dan ia juga menganggu kesihatan saya,” ujarnya.
Terdahulu, Veena dilaporkan dibunuh anak lelaki menggunbakan kayu besbol sehingga mati sebelum mayatnya di campak ke dalam sungai.

