JURULATIH skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon telah menamakan skuad akhir 23 pemain untuk membawa cabaran Malaysia di saingan Piala AFF 2022 bermula 20 Dis hingga 16 Jan depan.
Ia menyaksikan empat daripada 28 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat sejak 29 Nov digugurkan, iaitu penjaga gol Azri Ab Ghani, pemain tengah Aliff Izwan Yuslan serta dua penyerang M. Kogileswaran Raj dan Ramadhan Saifullah Usman.
Selain itu, pemain pertahanan Dion Cools yang sedang beraksi bersama FK Jablonec di liga utama Republik Czech, tidak dapat menyertai skuad pada kali ini kerana urusan peribadi, menurut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.
Menurut senarai yang dikeluarkan itu, dua pemain naturalisasi – Lee Tuck dan Sergio Aguero – akan bergandingan dengan Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok dan Muhammad Haqimi Azim Rosli di jentera serangan.
Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin (19 Dis) bagi memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF bertemu Myanmar pada 21 Dis, diikuti perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Jan).
BERITA BERKAITAN Harimau Malaya terus mengaum, mudah atasi Maldives 3-0
Jika berjaya menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan, saingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Jan dan 9 atau 10 Jan, manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 dan 16 Jan.
BERIKUT IALAH SENARAI TERSEBUT:
- SHARUL NAZEEM ZULPAKAR (SELANGOR FC)
- QUENTIN CHENG JIUN-HO (SELANGOR FC)
- MUHAMMAD FAZLY MAZLAN (SELANGOR FC)
- BRENDAN GAN (SELANGOR FC)
- MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI (SELANGOR FC)
- ALIFF HAIQAL LOKMAN HAKIM LAU (SELANGOR FC)
- MOHD NOR HAKIM HASSAN (SELANGOR FC)
- DOMINIC TAN (SABAH FC)
- STUART JOHN WILKIN (SABAH FC)
- DARREN LOK (SABAH FC)
- MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM (TERENGGANU FC)
- MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD (TERENGGANU FC)
- MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM (TERENGGANU FC)
- DAVID WILLIAM ROWLEY (SRI PAHANG FC)
- LEE ANDREW TUCK (SRI PAHANG FC)
- SERGIO FABIAN EZEQUIEL AGUERO (SRI PAHANG FC)
- AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED (NEGERI SEMBILAN FC)
- AHMAD KHUZAIMI PIEE (NEGERI SEMBILAN FC)
- KALAMULLAH AL-HAFIZ MAT ROWI (KEDAH DARUL AMAN FC)
- RUVENTHIRAN A/L VENGADESAN (PETALING JAYA CITY FC)
- NUR SHAMIE ISZUAN AMIN (SARAWAK UNITED FC)
- MUHAMMAD HAQIMI AZIM ROSLI (KUALA LUMPUR CITY FC)
- MUHAMMAD SAFAWI RASID (RATCHABURI FC)
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

