PRESTASI Harimau Malaya semakin membanggakan sebagai persediaan terakhir ke Piala AFF apabila sekali lagi mencatatkan kejayaan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menewaskan Maldives 3-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Kemenangan itu melengkapkan aksi cemerlang skuad negara dalam siri perlawanan persahabatan apabila sebelum ini turut membelasah Kemboja 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat lalu.

Gol pertama skuad kebangsaan terhasil pada separuh masa pertama selepas penyerang negara Darren Lok bijak memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan Maldives pada minit ke-24.

Gol tersebut seterusnya meningkatkan semangat para pemain Malaysia yang diketuai kapten, Safawi Rashid yang sering melancarkan serangan-serangan berbahaya melalui gandingan Darren Lok dan Faisal Halim.

Faisal yang mendapat hantaran cantik dari Darren Lok, tiada masalah menjaring gol kedua pada minit ke-64 apabila dengan tenang menewaskan pemain pertahanan dna penjaga gol Maldives.

Gandingan pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero yang dimasukkan pada separuh masa kedua tidak menghampakan apabila Lee Tuck turut sekali lagi menjadi penyumbang gol negara pada minit ke-88 selepas turut menyumbang satu gol dalam perlawanan menentang Kemboja sebelum ini.

Jurulatih Kim Pan Gon menyifatkan pemain telah memberikan komitmen yang disiplin yang tinggi walaupun tidak berjaya mempersembahkan permainan terbaik pada separuh masa pertama.

“Bagaimanapun, mereka berjaya memperbaiki keadaan pada separuh masa kedua dengan permainan lebih teratur dan juga berjaya menambah dua lagi gol,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram