Perginya Sinisa Mihajlovic, ‘raja’ sepakan percuma

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PAOLO Maldini dirakam mengesatkan air mata ketika memberi penghormatan kepada Sinisa Mihajlovic susulan pemergiannya, semalam.

Saat sedih legenda AC Milan dan Itali itu dilihat pada momen memperingati mendiang sebelum sepak mula perlawanan persabahatan bersama Livepool, pagi tadi.

Mihajlovic meninggal dunia pada usia 53 tahun di sebuah klinik di Rom, Itali, selepas bertarung dengan penyakit leukimia sejak 2019.

Bersedih sama adalah penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma dengan memuat naik gambar memeluk warga Serbia itu yang menghadiahkan debut pada usia 16 tahun ketika di AC Milan.

Malah, seteru kuat mendiang iaitu Francesco Totti turut memberi penghormatan dengan mengucap ‘selamat tinggal sahabatku’.

Totti dan Mihajlovic memiliki perseteruan panjang khususnya ketika mendiang bersama Lazio yang menyaksikan dua ‘mogul’ ini bersaing hebat dalam Derby Della Capitale.

Apakah dengan pemergian ini akan menyaksikan Curva Sud dan Nod bergabung buat pertama kali di Stadio Olimpico? Ia menjadi tanda tanya yang cukup menarik untuk dinantikan.

Turut mengucapkan takziah atas pemergian antaranya Commissario Tecnico Roberto Mancini, Gabriel Batistuta, Massimo Oddo, Cristian Vieri, Frank Ribery termasuk Pippo Inzaghi.

Baca artikel berkaitan: ‘Jenama’ Manchester United antara kelebihan dan sumpahan

Mihajlovic dikenali sebagai pakar sepakan percuma

Mihajlovic merupakan pemain pertahanan tengah dan dikenali dunia melalui ketepatan sepakan percumanya.

Beliau masih memegang rekod penjaring sepakan percuma paling banyak di Serie A dengan 28 gol, maestro sehebat Andrea Pirlo pun tidak mampu menandinginya.

Malah, Mihajlovic tergolong dalam kalangan elitis, kelompok kecil yang menghasilkan hatrik melalui sepakan percuma ketika Lazio di bawah bimbingan Sven-Goran Eriksson.

Mihajlovic juga pemain berkarakter menarik, egonya tinggi dan tidak mudah pemain untuk berdepan dengan lagaknya di atas padang.

Beliau tidak takut untuk menarik, menolak bahkan bergaduh dengan sesiapa pun dalam memastikan kubunya sentiasa terkawal serta tidak dibolosi.

Mengakhiri karier bola sepak pada tahun 2006, beliau kemudian memegang jawatan sebagai jurulatih untuk 10 kelab dalam tempoh 16 tahun dengan Bologna menjadi destinasi terakhir.

Mihajlovic merupakan seorang pakar motivasi, setiap kelab dibimbingnya sering dianggap sebagai ‘kuda hitam’ yang mampu mengejutkan mana-mana kelab besar.

Perkara itu diakui Rodrigo Palacio dengan berkata, pemain sentiasa termotivasi malah semangat itu semakin kental ketika mendapat tahu Mihajlovic dikesan menghidap leukimia.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic menyifatkan, sejarah hidup Mihajlovic wajar dijadikan model ikutan dalam kalangan generasi muda khususnya yang mahukan kejayaan.

Kini tiada lagi kelibat Mihajlovic berkasut Nike Air Jordan pelbagai warna di sisi pandang, yang tinggal hanyalah kenangan tidak mungkin dapat dilupakan.

Mengungkap kata-kata terakhir Mihajlovic, tidak wujud kehidupan tanpa masalah dan jangan sesekali malu dengan penyakit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This