Tanah runtuh Batang Kali: Waris masih berharap keluarga selamat

Dari Penulis

WARIS mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali masih meletakkan harapan agar ahli keluarga masing-masing ditemui dalam keadaan selamat.

Perkara itu dikongsikan oleh Sukarelawan Yayasan Buddhist Tzu-Chi, Tan Chee Wei, 50, yang menemani waris mangsa tragedi itu di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh sejak semalam.

“Memang mereka (waris mangsa) masih lagi berharap (selamat) walaupun ada antara mereka sudah memberikan data asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti mangsa,” kata Tan.

Beliau berkata yayasan tersebut hadir ke hospital itu bagi memberikan sokongan moral kepada waris mangsa.

“Kami juga menyediakan makanan dan keperluan asas selain menemani mereka untuk menjalankan beberapa prosedur yang diminta,” kata sukarelawan lelaki itu.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Misi SAR kian mencabar, tanah lembut, wujud aliran air

Beliau berkata seramai 50 sukarelawan ditempatkan di beberapa lokasi sejak semalam iaitu di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Balai Polis Ulu Yam Bahru.

Sementara itu, seorang warga emas yang dipercayai waris mangsa tragedi dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan meraung ketika memasuki kawasan Jabatan Forensik.

Lelaki itu kemudiannya ditenangkan oleh seorang wanita.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 lagi mangsa yang belum ditemui disambung semula 8 pagi tadi.

Insiden sekitar 2.42 pagi Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This