Selepas Jamal Abdillah, giliran Ummi Nazeera pula tarik diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Dari Penulis

SELEPAS Datuk Jamal Abdillah mengumumkan penarikan diri daripada menyerrtai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muafakat Nasional (MN), kini giliran pelakon Ummi Nazeera pula membuat keputusan yang sama setelah mengambil kira beberapa faktor.

“Setelah mengambil kira kegusaran daripada peminat-peminat Ummi yang disayangi serta daripada pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri daripada MN, sebuah NGO.

“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi. Terima kasih atas kesudian Mn melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” katanya.

Baru-baru ini, MN yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa memaklumkan terdapat 30 individu dipilih untuk menyertai NGO berkenaan.

Ujar beliau mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik dan pempengaruh.

Pertubuhan tersebut difahamkan bukanlah bertujuan politik tetapi ia adalah sebuah badan amal untuk membela masyarakat.

Selain Jamal dan Ummi, aktor Datuk Seri Eizlan Yusof turut menyertai MN sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Elak ‘hanyut’ di media sosial, Nadiya Nisaa mengaku tiada masa layan Threads

DI saat ramai selebriti berlumba-lumba mengejar algoritma dan mengumpul pengikut di pelbagai aplikasi media sosial, pelakon Nadya Nisaa sebaliknya...

More Articles Like This