Tanah runtuh Batang Kali: Jenazah Nurul Azmani, mangsa pertama tragedi selamat dikebumikan

Dari Penulis

JENAZAH seorang daripada mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih pada 10 malam tadi.

Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata jenazah Nurul Azmani Kamarulzaman, 31, dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di Masjid Abu Hurairah Kampung Batu 5, Jalan Ipoh.

Siti Esah berkata Allahyarham merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang bekerja sebagai penolong kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong.

“Allahyarham menyertai perkhemahan itu kerana mengikut majikannya yang juga guru di sekolah tersebut dan dia sudah berjanji untuk pulang ke kampung selepas habis aktiviti perkhemahan itu.

“Rabu lepas, Allahyarham ada menghubungi saya pada malam sebelum hari kejadian untuk memberitahu dia sudah membeli tiket untuk pulang ke kampung di Kelantan yang sepatutnya semalam,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.

Allahyarham merupakan antara 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat.

Setakat 9 malam ini, seramai sembilan mangsa masih hilang manakala 61 lagi berjaya diselamatkan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This