PM terima panggilan Presiden Palestin, jamin Malaysia kekal teguh sokong Palestin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia di bawah pentadbirannya akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyatakan bahawa Malaysia komited mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin.

Perkara itu dimaklumkan Anwar ketika menerima panggilan telefon daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Anwar kekal PM ke-10 dapat sokongan majoriti melalui undian suara

Malaysia komited perjuang isu rakyat Palestin, kata Anwar

Presiden Palestin itu turut merakamkan ucapan tahniah kepada Anwar sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Menurut Anwar, mereka turut mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Kami mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama rakyat serta pendidikan.

“Saya juga menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis Israel,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Perdana Menteri turut berkongsi rakaman video perbualannya dengan Mahmoud dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, Anwar ketika menerima panggilan video pemimpin Hamas, Khaled Mesh’al dan bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Ismail Haniyeh turut menyatakan komitmen negara untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, Ismail turut memuji kesungguhan rakyat Malaysia yang memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan dalam keadaan aman dan demokratik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This