Polis kesan pemandu Proton Wira langgar penghantar makanan dalam video viral

Dari Penulis

POLIS sedang mengesan pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, di Johor Bahru, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan kereta itu dengan motosikal Honda Wave yang ditunggang seorang penghantar makanan pada kira-kira 8 malam.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal tersebut yang sedang berhenti di persimpangan jalan. 

“Sejurus selepas kejadian, lelaki itu telah melarikan diri dan memandu secara berbahaya dengan melawan arus. 

“Akibat kejadian tersebut, penghantar makanan itu cedera ringan di belakang badannya dan sehingga kini, pemandu kereta terbabit masih belum tampil membuat laporan polis, ” katanya.

BERITA BERKAITAN Lori ATM bawa Perajurit Muda langgar tembok tol, empat parah

Fariz Ammar berkata hasil siasatan mendapati kereta itu merupakan kenderaan curi yang telah dilaporkan hilang di kawasan Pelangi Indah di sini, Ahad lepas. 

“Hasil maklumat orang awam, kita berjaya menjumpai kereta berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan Persiaran Scientex Utama, Senai, kira-kira pukul 10 pagi tadi. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. 

Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 45 saat yang memaparkan sebuah kereta memasuki laluan bertentangan lalu melanggar penghantar makanan yang sedang berhenti di persimpangan jalan.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This